Selamat Datang Ke Laman Ini

Terima Kasih Daun Keladi, Jangan Lupa Lawat Lagi.

Thursday, March 25, 2010

Trip Memancingku


Gambar kenangan ketika pergi memancing di perairan Kong Kong, Pasir Gudang.
Aku rasa trip ini antara yang paling berjaya dalam kebanyakan trip memancing yang aku pernah pergi sebelumnya.
Biasanya, aku turun bertiga kalau di perairan Kong Kong dan macam biasa gak, aku akan ditemani oleh fishing partner ku, Saudara Hakim....
Hampir seminggu jugakla baru nak abis ikan ni kat rumah. Maklumlah, tukang makan tak ramai. Masak banyak kang, takut membazir plak..
Okla, sampai kita berjumpa lagi.

Friday, March 19, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum W.B.T,
Aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izin, rahmat dan limpah kurnia-Nya, aku telah berjaya menyiapkan blog aku sendiri untuk tatapan umum.
Tujuannya tidak lain, semata-mata untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang cetek ini kepada semua. Sekiranya pandangan atau pengalaman yang dikongsikan nanti menyakitkan hati sesiapa, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kakiku kerana aku juga seorang hamba-Nya yang lemah yang tidak sepi dari melakukan kesilapan.
Aku Mohd Firdaus Bin Jaffar telah dilahirkan pada 27/02/1982 di klinik Senggarang, Batu Pahat. Jika tidak silap, emak mengandungkan aku selama 12 bulan (luar dari kebiasaan bagi seorang perempuan yang mengandung). Aku dibesarkan dalam keadaan yang cukup sederhana, cukup makan dan cukup pakai sehinggalah aku mampu untuk berdikari sendiri.
Aku mengerti arwah abah dan emak sentiasa mahukan aku dan adik-beradikku yang lain menjadi seorang muslim yang berjaya, menjadi seorang insan yang berguna yang tidak lupa pada agama dan asal-usulku. Aku mempunyai seorang abang, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki yang cukup baik, penyayang dan memahami antara satu sama lain. Biasalah, mana ada hubungan yang tidak pernah teruji sebab kadang-kadang ada juga aku berselisih faham dengan dia orang cuma mungkin berkat doa dari arwah abah dan emak, kami mampu bersatu kembali.
Masa aku kecil dulu, aku dibela oleh atuk dan arwah nenekku di kampung Parit Makuaseng, Benut. Aku dibela dengan cukup kasih sayang dan pendidikan aku bermula di sana. Aku dihantar ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Kg. Pt. Makuaseng dan cikgu2 yang mengajarku adalah makcik aku juga. Pada masa itu, kebanyakan apa yang belajar pun aku dah lupa tapi yang aku ingat bab makan dan minum ja. Kata atuk aku, masa aku sekolah tabika dulu, aku akan nangis sekirannya arwah nenekku tidak menemani aku sepanjang sesi persekolahan. Mungkin sebab aku terlalu rapat dengan arwah nenek aku jadi itu yang menyebabkan aku tidak boleh berenggang dengan dia walau seketikapun. Hinggakan setiap malam aku tidur di sebelah nenekku.
Aku berasal dari keturunan Bugis (Wajok) dan dari keturunan Daeng. Jadi, terlalu banyak perkara ataupun adat-adat dari keturunanku yang aku belajar dan sayangnya tidak semua adat itu menjadi amalan aku sebab mungkin hidupku sudah terlalu biasa dengan gaya hidup moden. Setelah habis TABIKA, aku menyambung pelajaranku di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis dan di sinilah pendidikan aku yang sebenar bermula. Antara kawan-kawan yang masih segar dalam ingatan ialah Othman, Zul, Rizal, Siti Aminah, Fairuz, Faizal, Azrul dan ramai lagi. Ada di antara mereka masih berhubung denganku hingga sekarang dan ada juga tidak. Kebanyakan mereka rasanya sudah berjaya dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Pengajianku di Sek. Keb. Seri Bugis hingga darjah dua sahaja kerana arwah abah dan emak telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaranku di pekan Benut. Jadi aku telah dimasukkan ke Sek. Keb. Benut pada tahun 1990. Masa itu aku darjah tiga dan bermulalah episod baru dalam kehidupan ku kerana aku tidak lagi tinggal bersama atuk dan arwah nenekku. Pada peringkat awal, agak sukar untukku menerima keadaan itu sebab berpisah dengan orang yang tersayang bukan satu perkara mudah.
Bersambung....